SOALAN LAZIM

BAGAIMANA BOLEH SAYA GUNA GYM?

Daftar sebagai ahli. Buat tempahan terlebih dahulu sebelum datang atau temujanji sesi dengan jurulatih peribadi anda. Selari dengan SOP COVID 19, hanya seorang pengguna sahaja diterima pada satu-satu masa (maksima tiga orang pengguna dengan tiada perkongsian alatan).

ADA KELAS AEROBIK ATAU TAEKWONDO TAK LAGI?

Tidak. Dengan pandemik COVID-19, pihak kami memutuskan untuk tidak mengendalikan sebarang kelas senaman berkumpulan hingga keadaan pandemik pulih.

EVERLYFIT STUDIO ADA 'WALK-IN' UNTUK GUNA GIM?

Tidak. Kami hanya menerima ahli berdaftar dan pelanggan program jurulatih peribadi sahaja. Semua penggunaan gim juga perlu melalui tempahan atas talian, untuk memastikan had pengguna setiap sesi dipatuhi dan urusan sanitasi dapat dilalukan dengan sempurna.

DI MANA LOKASI EVERLYFIT STUDIO SEKARANG?

Kami kini di Proton City (gimnasium). Studio di lokasi lama Jln Tanjung Utama, Tanjung Malim kini berfungsi sebagai pusat urusan jualan produk sukan dan kecergasan. Tiada perkhidmatan kelas senaman berkumpulan buat masa ini di kedua-dua Everlyfit Studio (atas sebab COVID 19).

ADA JUAL PRODUK KECERGASAN DAN NUTRISI?

Ya. Kami akan paparkan di kedai atas talian di masa akan datang. Lawati studio untuk melihat sendiri buat masa ini.

BAGAIMANA DENGAN SOP COVID-19?

Kami mengikuti SOP COVID-19 sepertimana diwajibkan ke atas semua premis perniagaan. Sebagai protokol tambahan, kami ikuti SOP tambahan mengikut cadangan organisasi-organisasi terkemuka bidang kecergasan seperti NSCA dan ACSM.

KEKERAPAN SANITASI ANTIBAKTERIA SETIAP ALATAN?

Ruang dan alatan setiap bahagian studio akan disanitasi sebelum dan selepas setiap kali penggunaan oleh seorang pengguna. Sanitasi rutin juga dilakukan setiap kali pembukaan dan penutupan studio. Ya, kos sanitasi menambah kos operasi kami, namun ianya adalah tanggungjawab kita semua. #kitajagakita

SAYA ADALAH SEORANG JURULATIH KECERGASAN BEBAS (FREELANCER). BOLEH SAYA SEWA DAN LATIH KLIEN SAYA DI EVERLYFIT STUDIO?

Ya. Boleh. Namun tertakluk pada kekosongan dan kelulusan saringan kelayakan oleh pihak kami. Semua freelancer yang ingin menggunakan studio kami juga perlu mengikuti kursus ringkas SOP latihan yang disediakan pihak studio.

 

©2020 by EVERLYFIT STUDIO. All Rights Reserved. Privacy Policy