GIM SELAMAT

BERSAMA PASTIKAN SESI SENAMAN KITA SELAMAT DARIPADA COVID-19

JARAK SELAMAT

Rekabentuk dan susun atur studio kami kini memastikan anda mempunyai ruang yang selamat daripada berdekatan secara fizikal dengan individu-individu lain. Had jumlah maksima hanya 3 individu sahaja boleh bersenam pada satu-satu masa latihan memastikan ruang-ruang studio lebih selesa dinikmati anda. Jurulatih-jurulatih yang bertugas di Everlyfit Studio juga telah diberikan taklimat dan latihan untuk mengekalkan penjarakan fizikal sepanjang sesi mereka.

PEMBERSIHAN DAN DISINFEKSI

Keseluruhan studio kami menjalani proses pembersihan dan disinfeksi setiap malam sebelum penutupan. Setiap alatan dan ruang senaman juga dibersihkan dengan pembasmi kuman setiap kali selepas sebarang sesi latihan.

PEMBERSIHAN KENDIRI

Kami juga telah menyediakan kelengkapan pembersihan dan disinfeksi diluar setiap zon latihan untuk anda gunakan. Anda boleh membersihkan sendiri setiap alatan dan ruang sebelum dan selepas setiap penggunaan, bagi memberikan anda lebih keyakinan dan ketenangan minda sepanjang sesi senaman.

SANITASI TANGAN

Anda akan menemui banyak stesen sanitasi tangan di pelbagai sudut studio kami. Anda juga akan dipohon untuk membersihkan tangan anda dengan disinfeksi yang disediakan sebelum masuk ke studio, untuk keselamatan kita bersama.

MASUK TANPA SENTUHAN

Anda tidak perlu menyentuh pen atau permukaan lain untuk proses pendaftaran masuk. Pihak kami telah sediakan kod QR untuk anda imbas dengan telefon pintar anda dan daftar masuk. Kami juga menggalakkan kaedah pembayaran atas talian bagi sebarang proses pembayaran. Setiap pengguna juga hanya dibenarkan masuk dan keluar sebanyak satu kali sahaja sepanjang sesi senaman mereka. Ini bagi mengelakkan sebarang jangkitan dari luar.

TIADA PERKONGSIAN ALATAN

Setiap alatan hanya digunakan oleh seorang pengguna sahaja pada satu-satu masa. Penggunaan alatan oleh individu seterusnya hanya selepas sesi pengguna pertama tamat dan proses sanitasi dan disinfeksi dilakukan terhadap alatan berkenaan. Ini tidak sukar dilakukan memandangkan studio kami hanya menerima penggunaan secara tempahan satu individu pada satu-satu masa bagi setiap zon latihan.

PEMERIKSAAN SUHU DAN SIMPTOM

Mereka yang mempunyai suhu tubuh >37.5 darjah celcius tidak akan dibenarkan masuk dan berada di dalam premis. Begitu juga mana-mana individu yang memiliki mana-mana simptom COVID-19.

PEMAKAIAN TOPENG MUKA

Pemakaian topeng muka 'surgical' adalah diwajibkan sepanjang masa kecuali sewaktu sesi senaman. Untuk memudahkan anda, pihak studio juga telah menyediakan topeng muka 'surgical 3ply' di pintu masuk untuk kegunaan anda.

#KITAJAGAKITA

Walau apa sekalipun, adalah merupakan tanggungjawab kita bersama untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Bersama kita pastikan komuniti kita kekal selamat dan terlindung dari risiko COVID-19.

 

29A-1, Jalan Kempas 3B, Proton City, 35900, Tanjung Malim, Perak.

©2020 by EVERLYFIT STUDIO. All Rights Reserved. Privacy Policy