KOMITMEN DAN SUMBANGAN KAMI
Everlyfit Studio bermula pada November 2014 sebagai sebuah studio kecergasan untuk komuniti setempat, dan kami ingin kekal begitu. Fokus kami adalah untuk membantu komuniti setempat membina budaya hidup cergas dan sihat. Komuniti di mana kami sendiri adalah sebahagian daripadanya. 'Anda' dan 'kami', adalah 'kita' bersama. Kecergasan dan kesihatan anda adalah kecergasan dan kesihatan kita semua.
SISTEMATIK, PRIVASI DAN BERFOKUS
GIM SELAMAT
Prosedur Operasi Standard bagi COVID-19
Demi kebaikan semua satu panduan dan peraturan khusus bagi semua pengguna dan pelawat telah dibina. Protokol 'Gim Selamat' menggariskan panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi dan selari dengan keperluan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menghadapi pandemik COVID-19. Istimewanya kami, pedekatan satu jurulatih satu pelanggan pada satu masa memastikan tiada perkongsian alatan dan ruang dalam satu sesi, dan tiada masalah penjarakan sosial kerana hanya anda, jurulatih dan petugas kaunter sahaja pada satu masa latihan.
WAKTU OPERASI
Jom Ke Gym!
Isnin - Jumaat: 7.30 pagi - 9 malam
Sabtu & Ahad: 7.30 pagi - 2.00 petang
*Penggunaan dengan tempahan atas talian sahaja.
**Perubahan waktu operasi mungkin berlaku pada bila-bila masa bergantung kepada sebarang makluman dan arahan terkini Kerajaan.
***Penutupan sementara hingga 18 Feb 2021 (PKP).