• Facebook Social Icon
  • Instagram Social Icon

© 2014-2020 by Everlyfit Studio.  Disclaimer   Privacy Policy    Contact

Buku digital Kit Permulaan Everlyfit ini memberikan panduan asas kepada mereka yang memulakan program kecergasan dan nutrisi. Segmen pertama memberikan satu program kecergasan yang boleh digunakan sebagai program awal bagi latihan bermatlamatkan penurunan peratus lemak badan, bina bentuk tubuh atau bina daya tahan kardiovaskular. Program latihan tersebut disertai dengan soalan kesiap-sediaan senaman yang boleh digunakan untuk menilai samada peserta program kecergasan terlibat perlu mendapatkan pelepasan doktor atau tidak sebelum memulakan program senaman. Buku ini turut memperkenalkan konsep pentingnya pengambilan diet pemakanan dalam memastikan matlamat sebarang program kecergasan fizikal tercapai. Teknik asas senaman dan kaedah pegambilan air turut di berikan. Sebagai pelengkap, program permulaan tersebut turut memberikan panduan susunan aktiviti yang betul bagi satu-satu sesi senaman, dengan konsep regangan, pemanasan badan dan penyejukan badan. Jenis kelengkapan asas senaman diperkenalkan pada akhir buku kecil ini, lengkap bersama tips untuk konsisten dalam meneruskan senaman sepanjang hayat.  Buku kecil ini adalah interpretasi konsep penulis kepada kecergasan dan nutrisi. Semoga buku kecil ini membantu permulaan pengembaraan kecergasan dan nutrisi para pembaca.

Kit Permulaan Everlyfit

SKU: 2019001
RM25.00Price
  • Diterbitkan oleh :

    EVERLYFIT STUDIO

    Jalan Tanjung Utama,

    35900, Tanjong Malim, Perak.

    www.everlyfit.com

    E-Mail: everlyfitstudio@gmail.com

  • Cetakan Pertama

    2019

    © Everlyfit Studio

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.